Hello.Do Follow Me? Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again.
Nadhira Ishak

18 January 2011

TIPS MENGARANG KERTAS 1 (BAHAGIAN B) SPM !!!!

Assalamualaikum.....maaf ya saya lama tak mengupdated blog ini. Banyak sangat kerja kena buat, homework tahun ni bertimbun..."tahun periksa la katakan" :D

Antara inti pati utamanya adalah saya ingin menulis mengenai 
tips mengarang karangan SPM bahagian B kertas 1, 
untuk memulakan mengarang bahagian ini calon perlu :-
MARKAH 80 - 100
-7 perenggan
    i) Pendahuluan
   ii) 5 isi
   iii) Penutup
-Mengemukakan idea yang relevan,matang, dan contoh yang sesuai
-Ayat majmuk yang gramatis
-Memasukkan pelbagai jenis kata yang tepat
-Ejaan & tanda baca yang betul
-Laras bahasa yang bervariasi
-Gaya bahasa yang menarik
-Pengolahan yang menarik
-Wacana yang lengkap (ia bukan penanda wacana tetapi ayat atau struktur ayat yang lengkap mengenai sesuatu isi)
-Memasukkan frasa-frasa yang menarik, kata-kata hikmat  (ia boleh menambah markah)
Sebagai contohnya
PERIBAHASA, KATA-KATA HIKMAT, COGAN KATA,PETIKAN UCAPAN TOKOH, FRASA MENARIK, HADIS DAN MAKSUD AYAT AL-QURAN.

PERHATIAN!!!!
**Bagi di sekolah-sekolah asrama penuh seperti MRSM, 
-mereka meWAJIBkan pelajar mereka memasukkan peribahasa dan frasa yang menarik (sekurang-kurangnya 2 ) **

-Pelajar-pelajar yang mengambil subjek tasawur islam boleh menggunakan ilmu agama yang dipelajari untuk diaplikasikan dalam penulisan.

PENDAHULUAN
-Pendahuluan jenis
 i) Definisi
 ii) Sejarah
iii) Fakta
-Calon perlu mengarang berdasarkan tajuk yang diberi 
-Penanda wacana yang sesuai
-Huraiaan yang betul
- Ayat penegasan
-Contoh yang sesuai
-Wacana yang lengkap
sebagai contoh karangan di bawah ini :-
TAJUK KARANGAN : Tanggungjawab anak-anak kepada ibu  bapa (SPM 2010)

      Dalam  melayari bahtera kehidupan sebagai seorang makhluk tuhan bergelar manusia, setiap daripada kita mempunyai  dua orang insan yang paling berharga dalam hidup kita. Insan ini sangat istimewa dan telah mencorakkan kehidupan yang sebenar di alam ini kepada kita yang bergelar anak. Mereka ialah ibu bapa kita. Merekalah yang sering mendodoikan kita sewaktu kita masih kecil di dalam buaian dan telah memberikan kehidupan yang sempurna dan cukup indah kepada kita. Sebarang kesilapan dan kerenah kita tidak pernah dirungut dan diungkit oleh mereka.  Namun demikian, terdapat sebahagian daripada kita yang tidak mengerti  dan  menghargai kasih sayang yang telah dicurahkan oleh mereka kepada kita. Pada era modenisasi ini, banyak berita  yang terpapar di rubik-rubik akhbar menceritakan  kisah anak derhaka.  Mereka ini lupa, alpa serta leka akan tanggungjawab mereka sebagai seorang anak.

        Seorang anak yang dididik dengan nilai-nilai murni dan agama yang secukupnya sudah tentu tidak akan melupakan segala jasa dan pengorbanan ibu bapa yang bersusah payah  membesarkan mereka.  Insan bergelar anak mestilah menghormati ibu bapa mereka di mana-mana sahaja dan menuruti setiap tutur kata dan arahan ibu bapa mereka selagi tidak bertentangan dengan syarak.  Sebarang arahan yang diberi oleh ibu bapa akan dilakukan tanpa sebarang rungutan. Sebagai contoh, sekiranya ibu bapa meminta tolong daripada kita untuk membelikan sesuatu barang di kedai,  kita haruslah membantunya walaupun pada waktu itu kita sedang mengulangkaji pelajaran. Hal ini sudah menjadi kewajipan kepada kita sebagai seorang anak. Rasulullah s.a.w juga menekankan pengamalan akhlak mulia dalam kehidupan kita sebagai seorang muslim.

MEMULAKAN PERENGGAN
-Kemukan isi dengan penanda wacana yang betul
-Ayat fakta 
-Penyataan kepada isi
-Memberikan contoh yang sesuai
-Ayat penegasan
-Frasa yang menarik, kosa kata yang baru
-masukkan petikan dalam konteks ayat (line warna ungu)
sebagai contonhya:-
           Sebagai  seorang anak yang baik, kita tidak boleh meninggikan suara ketika berkata-kata  bersama ibu bapa. Menurut Datuk Dr Fadzilah Kamsah, setiap anak perlulah membahasakan diri dengan panggilan yang paling baik dan bertutur dengan lemah lembut dengan ibu bapa. Kita tidak boleh menggunakan bahasa yang kasar walaupun berkata ‘ah’ kepada ibu bapa sekiranya disuruh melakukan sesuatu. Ucaplah bahasa yang sopan dan dengan nada yang rendah ketika berurusan dengan mereka. Begitu juga sekiranya kita igin memaklumkan sesuatu perkara dan menjawab sesuatu soalan yang ditanya oleh kedua-dua ibu bapa kita. Janganlah sekali-kali kita berbohong  demi kebaikan diri kita dan juga mereka. Berkata-katalah dengan jujur kerana kejujuran dapat mengeratkan yang jujur dan ikhlas seorang anak terhadap ibu bapanya
             Anak-anaklah yang bertanggunjawab menjaga ibu bapa ketika usia mereka menginjak tua. Kerja-kerja ini bukan terletak kepada tanggungjawab pengasuh atau orang gaji  mahupun jabatan-jabatan kebajikan masyarakat. Walau sesibuk manapun menyiapkan kerja, tugas dan tanggungjawab di tempat kerja, ibu bapa tidak boleh dilupakan oleh anak-anak. Kita sebagai anak seboleh-bolehnya perlu menjaga ibu bapa sendiri dan tidak menghantar mereka ke rumah kebajikan orang tua. Sebagai ibu bapa,mereka mendambakan perhatian dan kasih sayang anak-anak kandung mereka sendiri. “Seorang ibu dapat mejaga sepuluh orang anak tetapi sepuluh orang anak belum tentu dapat menjaga seorang ibu” , demikianlah petikan kata-kata yang sering kita dengar, namun tidak pernah diambil kisah oleh insan bergelar anak kerana mereka mudah lalai dan leka.

PENUTUP
-Penanda wacana yang sesuai
-Ayat penegasan 
-Ungakapan yang menarik
-Peribahasa
-Wacana yang lengkap
        Oleh hal demikian, segala tanggungjawab kita sebagai anak perlulah ditunaikan dengan sebaiknya dan cukup sempurna kepada kedua-dua  ibu bapa yang telah membesarkan kita. Hadiahkanlah mereka dengan kejayaan yang cemerlang dan curahan kasih sayang sebagai balasan atas segala jasa dan pengorbanan yang telah diberikan sejak kecil lagi. Sikap tanggungjawab ini perlulah ditanam dalam jiwa dan diamalkan sejak kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Tanggungjawab ini perlulah dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh dan bukan seperti melepaskan batok di tangga. Ingatlah, tanpa mereka, kita tidak akan wujud di atas muka bumi ini. 

Saya harap dengan adanya tips ini kita boleh meningkatkan lagi mutu penulisan kita yang dikehendaki oleh PEMERIKSA. Di lain waktu saya akan kongsikan lagi tentang tips-tips menjawab soalan SPM :)


Thanks for reading

0 000 pengomen terBAEK :):

Post a Comment

Thanks A lot .

 
Design With Love By Nabila Medan. Edit by NADHIRA ISHAK .